Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelanconga, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan ketika berucap merasmikan Hari Bung Bratak 2024 di sini, hari ini. Kredit: Zaim Zharfan (TVS)

Jalan raya masuk, keluar Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) perlu dinaik taraf – Snowdan

ByIzzah Kamilah Yunus

BAU, 1 Mei: Kemudahan jalan raya bagi laluan masuk dan keluar kenderaan ke Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) perlu dinaik taraf, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Sehubungan itu, Snowdan mahu pihak Persatuan Warisan Bung Bratak mengusahakan perkara berkenaan berikutan kemudahan jalan raya di sini akan memudahkan kedatangan orang luar ke BBHC.

“Apabila saya masuk ke kawasan kampung, laluan dari jalan utama hingga jalan masuk ke BBHC amat sesak dengan kereta dan dua atau tiga buah bas.

“Saya juga melihat saiz jalan yang kecil. Mungkin pada masa akan datang Pengerusi BBHA, Dato Peter Minos boleh memohon untuk penambahbaikan jalan raya,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Hari Bung Bratak di sini, hari ini.

Terdahulu, Snowdan turut mengumumkan peruntukan peribadinya berjumlah RM30,000 disalurkan kepada BBHA sebagai sokongan pihaknya kepada penganjuran Hari Bung Bratak akan datang.

“Selain dari peruntukan dari kementerian, saya tidak kisah untuk menambah sebanyak RM30,000 lagi.

“Ini adalah dari saya sendiri. Tambahan RM30,000 ini untuk menjayakan lagi festival ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Snowdan meyakini pihak kementeriannya optimis untuk terus menyokong semua komuniti di Sarawak dalam penganjuran festival serupa yang akan menyumbang impak positif kestabilan, pemahaman dan toleransi dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol dan Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA), Dato Peter Minos.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan