Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek remaja warga asing berusia 16 tahun ditahan di hadapan pusat mencuci kereta di Desa Permai Indah, Gelugor di sini hari ini. Foto IPD Barat Daya

Remaja warga asing menyamar polis untuk menyamun

GEORGE TOWN, 30 April: Seorang remaja lelaki warga asing diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dengan menyamar anggota polis di Bayan Baru di sini.

Suspek berusia 16 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci kereta itu ditahan kira-kira pukul 12.25 tengah malam di hadapan sebuah pusat mencuci kereta di Desa Permai Indah, Gelugor hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan (DSP) Jafri Md Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga warga asing berumur 28 tahun yang mendakwa disamun seorang lelaki.

“Dalam kejadian itu, suspek yang menyamar polis meminta pasport daripada mangsa selain menumbuk muka mangsa.

“Mangsa kemudian melarikan diri selepas ternampak pisau di dalam raga motosikal suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, polis merampas sebuah motosikal bersama beg silang, sebilah pisau, sarung tangan, topi keledar, telefon bimbit, baju dan wang syiling sebanyak RM35 bagi siasatan lanjut.

Suspek yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman selama enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan