Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 130 peserta dari penduduk tempatan di Limbang menyertai Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak di Dewan Kampung Pangkalan Madang Limbang.

NREB anjur Program Kesedaran Alam Sekitar di Limbang

ByConnie Grace

KUCHING, 30 April: Seramai 130 peserta dari penduduk tempatan di Limbang menyertai Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bertempat di Dewan Kampung Pangkalan Madang Limbang.

NREB Sarawak dalam kenyataan berkata, program yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu berkaitan pencemaran sungai, pembakaran terbuka dan implikasi pencemaran terhadap kesihatan sejagat.

‘Selain itu, program seumpama ini diharapkan dapat menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat tempatan untuk lebih peka terhadap alam sekitar agar semua pihak dapat bersatu dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, Controller Kualiti Alam Sekitar, Jack Liam turut menyeru agar penduduk tempatan di Bahagian Limbang, khasnya kawasan Batu Danau untuk memastikan kualiti udara sentiasa berkeadaan baik, mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan keadaan berjerebu, terutamanya pada musim kering berpanjangan atau musim kemarau.

Oleh yang demikian ujarnya, jika pembakaran terbuka perlu dilakukan untuk tujuan aktiviti pertanian, para petani perlulah lebih berhati-hati agar ia tidak merebak sehingga tidak terkawal dan berlakunya bencana jerebu.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Limbang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Limbang, Pejabat Kesihatan Limbang, dan Sarawak Forestry Corporation Limbang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang dan dihadiri oleh Timbalan Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Paul Bond Chamberlin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan