Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli sahkan beliau selesai beri keterangan di SPRM hari ini. Foto, Facebook Mohd Shukri Ramli.

Menteri Besar Perlis beri keterangan di pejabat SPRM

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan ia mengambil keterangan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 9.50 pagi untuk memberi keterangan kepada agensi terbabit.

Dua hari lepas SPRM mengesahkan ia sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, beliau selesai memberi keterangan dan meminta supaya pihak tertentu mendapatkan berita yang sahih.

“Jangan jadi penyebar kepada berita palsu. Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan