Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

Mayat pesara tentera ditemukan dalam semak

ByBernama

GUA MUSANG, 30 April: Mayat pesara tentera ditemukan di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan