Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusof ( tengah)menerima cenderahati daripada Rosmen Program CIDB Bertemu Pelanggan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di sini hari ini. Foto, TVS.

Komitmen jitu agensi pelaksana di Sarawak pastikan projek pembangunan lancar

KUCHING, 30 April: Agensi pelaksana projek di Sarawak diminta bekerjasama erat dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi menjayakan projek pembangunan di wilayah ini.

Pengerusi CIBD, Ir Yusof Wahab berkata, ini akan memastikan pelbagai agenda pembangunan yang diilhamkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjalan lancar.

Yusuf berkata, Abang Johari menetapkan sasaran Sarawak muncul sebagai wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Sebagai antara wilayah yang kaya di Malaysia, Sarawak boleh meneruskan agenda pembangunan tanpa perlu menunggu peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.

“Sarawak mampu menjana pendapatan berbilion Ringgit setiap tahun, (oleh itu) kita mampu laksana projek membuat jalan, jambatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program CIDB Bertemu Pelanggan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Lembaga CIDB, Dato Ir Alhadi Ibrahim, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak, Datuk Ismail Suut dan Pengarah CIDB Sarawak,Rosmen Ag Hassan.

Mengulas lanjut, Yusuf berkata, Kerajaan Sarawak merancang banyak projek pembangunan yang memerlukan komitmen jitu peringkat pelaksana.

“Pastikan kita dapat melaksana projek yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Kalau tidak, sia-sia Premier Sarawak bercerita tentang projek tetapi di peringkat bawahan, agensi perlaksana tidak dapat bekerjasama untuk memudahkan perancangan,”katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, CIDB akan terus memantau standard projek pembangunan dan pembinaan yang dijalankan di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan