Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, Perdana Menteri yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Qatar. Foto Anwar Ibrahim (Twitter)

Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin

ByBernama

RIYADH, 30 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani semasa kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan dua hala di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini semalam.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia kepada Qatar atas peranan negara itu membantu usaha membawa keluar rakyat Malaysia Nurul Ain Haron dari Gaza pada November 2023.

Nurul Ain bersama suaminya, Mohamed AM Shaat yang juga warga Palestin, selamat tiba di Malaysia pada 14 November 2023 selepas dibawa keluar dari kawasan konflik melalui Lintasan Sempadan Rafah.

Anwar juga menyatakan sokongan terhadap peranan Qatar sebagai pengantara dalam isu Palestin.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Malaysia turut terbabit dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Setakat ini, Malaysia telah menerbangkan 100 tan barangan bantuan ke kawasan yang dilanda konflik itu, 20 tan lagi dihantar menerusi jalan laut manakala 1,500 tan diagih melalui badan bukan kerajaan.

Anwar juga memaklumkan rakan sejawatnya itu bahawa beliau akan berkunjung ke Doha bagi menghadiri Forum Ekonomi Qatar pada pertengahan bulan depan.

Perbincangan kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai peluang meningkatkan pelaburan di Malaysia dan Qatar selain melonjakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara yang kini bernilai US$910 juta (RM4.34 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan