Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan amal World Central Kitchen yang berpangkalan di Amerika Syarikat meneruskan operasi di Semenanjung Gaza.

World Central Kitchen teruskan operasi di Gaza selepas serangan maut oleh Israel

ByBernama

MOSCOW, 29 April: Badan amal World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) hari ini meneruskan operasi di Semenanjung Gaza iaitu hampir sebulan selepas tujuh pekerja WCK terbunuh dalam serangan Israel pada 1 April.

“Kami mempunyai 276 lori, dengan hampir lapan juta makanan, bersedia untuk masuk melalui Lintasan Rafah. Kami juga akan menghantar trak dari Jordan,” kata Ketua Eksekutif ECK Erin Gore, lapor Sputnik.

Setakat ini, badan amal makanan itu telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di wilayah Palestin, yang menurut WCK menyumbang 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa di Gaza.

Serangan udara Israel ke atas konvoi bantuan itu mencetuskan kecaman daripada Amerika Syarikat dan sekutu tradisional Israel yang lain. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata serangan itu tidak disengajakan.

WCK berkata walaupun ia tidak mempunyai jaminan konkrit daripada Israel, ia akan terus menyokong perubahan, supaya pekerja NGO dilindungi dengan lebih baik. Ia juga menuntut siasatan antarabangsa yang tidak berat sebelah ke atas serangan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan