Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parum menyerahkan sijil penghargaan kepada anggotanya pada Perhimpunan Bulanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang. Foto TVS

Sarang dadah digempur melalui operasi pemutihan di Limbang

LIMBANG, 29 April: Lokasi  ‘sarang’ penyalahgunaan dadah di daerah ini akan digempur melalui operasi pemutihan dalam usaha membasmi kegiatan itu daripada terus merebak di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, operasi pemutihan itu dijalankan anggotanya bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Limbang susulan peningkatan kes jenayah narkotik.

Katanya, sebanyak 121 tangkapan dadah dibuat dari tempoh Januari hingga Mac tahun lepas berbanding 112 tangkapan dalam tempoh sama tahun ini iaitu menunjukkan penurunan sembilan tangkapan.

Bagaimanapun katanya, dari segi tangkapan kes bekalan dan memiliki terdapat peningkatan sebanyak dua kes iaitu 40 tangkapan dalam tempoh sama tahun ini berbanding hanya 38 tangkapan tahun lepas.

“Tindakan pemutihan di sesuatu kawasan akan dilakukan dengan perancangan bersama pihak narkotik dan AADK.

“Kita akan gempur, buat pemutihan di kawasan yang disasarkan dan saya minta masyarakat untuk terus memberi maklumat berkenaan dengan kes-kes jenayah melibatkan kes-kes narkotik ini,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang hari ini.

Parum menjelaskan terdapat peningkatan 11 kes bagi keseluruhan jenayah indeks bagi tahun ini dengan merekodkan 16 kes berbanding hanya lima kes pada tahun 2023.

“Bagi kes jenayah komersial pula sebanyak 26 kes dilaporkan dari tempoh Januari hingga April tahun lepas dan jumlah itu merangkumi 17 kes tipu, empat kes jenayah siber dan lima lagi melibatkan kes-kes lain dengan nilai kerugian berjumlah RM238,991.

“Manakala hanya 13 kes jenayah komersial dilaporkan dalam tempoh sama tahun ini melibatkan 12 kes tipu dan satu kes-kes lain dengan kerugian bernilai RM160,650,” ujarnya.

Sementara itu, Parum menjelaskan sebanyak 38 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku pada Januari hingga Mac tahun lepas dan angka itu menurun kepada 36 kes dalam tempoh sama tahun ini.

Katanya lagi, bagi kes jenayah harta benda menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 13 kes tahun ini berbanding hanya dua kes pada 2023. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan