Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Hungary pada Sabtu lepas. Foto Embassy of Malaysia in Budapest (FB)

Rakyat Malaysia di Hungary rai Aidilfitri

ByBernama

BUDAPEST (Hungary), 29 April: Kedutaan Besar Malaysia di Hungary menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada Sabtu (27 April) untuk kira-kira 200 rakyat Malaysia, perwakilan asing dan jemputan tempatan, mencerminkan keharmonian dan semangat perpaduan berbilang kaum Malaysia yang kukuh.

Duta Besar Malaysia ke Hungary Francisco Munis dalam perutusannya melahirkan rasa gembira kerana sambutan itu telah mengukuhkan lagi hubungan bukan sahaja antara rakyat Malaysia di Hungary tetapi juga rakyat Malaysia dengan warga tempatan Hungary, menandakan interaksi orang ramai dan pemahaman budaya.

“Ia adalah satu rahmat bagi Malaysia dan rakyat Malaysia bahawa mereka boleh meraikan bersama secara harmoni bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di luar negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama oleh kedutaan itu.

Munis yang juga duta bertauliah ke Slovenia dan Macedonia Utara, berkata terdapat lebih 200 rakyat Malaysia di Hungary dengan sebahagiannya turut menetap di Slovenia dan Macedonia Utara.

Separuh daripada mereka adalah pelajar manakala selebihnya terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja dan individu yang berkahwin dengan penduduk tempatan.

Rumah Terbuka itu menyajikan para tetamu pelbagai hidangan popular Malaysia termasuk nasi lemak, rendang, ketupat, lemang serta teh tarik dan juadah istimewa itu telah membangkitkan suasana rumah bagi rakyat Malaysia yang telah lama merantau dan berjauhan dari keluarga.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Asia College of Exercise Medicine (ACEM) di Malaysia, Prof Dr Muhammad Lee Chee Pheng, yang menerima anugerah berprestij Doktor Honoris Causa daripada Universiti Sains Sukan Hungary (HUSS) sebagai pengiktirafan dan sumbangan cemerlang beliau untuk menggalakkan kesihatan dan kualiti hidup manusia melalui senaman.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan sempena ulang tahun ke-100 HUSS telah diadakan di HUSS pada 24 hingga 26 April lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan