Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penubuhan CSSC akan membantu pembangunan sosial sejajar dengan kepesatan pembangunan fizikal dan ekonomi. Foto fail TVS

Pusat Sokongan Sosial Komuniti ditubuhkan seluruh Sarawak

KUCHING, 29 April: Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) akan ditubuhkan di seluruh Sarawak sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu mencapai pembangunan menyeluruh.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penubuhan itu akan membantu pembangunan sosial sejajar dengan kepesatan pembangunan fizikal dan ekonomi.

“Di Sibu akan siap tidak lama lagi dan kemudian di Miri kami masih mencari premis. Kami tidak mahu CSSC berada di suatu tempat yang tidak begitu mudah untuk diakses,” katanya berucap semasa Majlis Penutupan Seni Kita di Pusat Sokongan Sosial Komuniti di sini pada Ahad.

Katanya, CSSC Kuching merupakan yang pertama diwujudkan di Sarawak dan diharap dapat menjadi rujukan kepada CSSC di bahagian lain.

Projek tersebut juga akan dilaksanakan di Sibu, Bintulu, Miri, Lawas, Mukah, Sri Aman serta Kapit seperti diluluskan kabinet.

Dalam pada itu, Fatimah berkata usahawan muda yang kreatif mampu digabungkan dalam satu platform menerusi penganjuran Program Seni Kita.

Katanya, ia akan memberi peluang kepada usahawan muda mengembangkan bakat serta potensi mereka dalam seni kreatif.

Usaha tersebut katanya selari dengan matlamat penganjuran program iaitu mempromosikan serta mendekatkan industri seni kreatif dengan masyarakat.

“Majoriti produk adalah buatan tangan jadi bermula dari rumah ia dibuat pakaian dan kreativiti mereka sangat mengagumkan.

“Dengan menyediakan tempat aktiviti seperti ini akan memberi peluang di mana bakat dan kreativiti dapat dikembangkan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan