Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesan waris mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Awi (gambar) yang ditemukan di Wharf Pasar Baru di Kapit pada 24 April lalu. Foto IPD Kapit

Polis mohon waris ‘Awi’ hubungi Balai Polis Kapit

KAPIT, 29 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit sedang mengesan waris kepada mayat lelaki yang dijumpai di Wharf Pasar Baru berhampiran Pasar Malam di sini, pada 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, mayat tersebut ditemukan pada jam 6.35 pagi dan identitinya masih belum diketahui.

“Mangsa yang hanya dikenali dengan namaa panggilan ‘Awi’ ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kini sedang berada di Bilik Mayat Hospital Kapit dan satu kertas siasatan laporan mati mengejut telah dibuka dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, pihak polis memohon kepada ahli keluarga, majikan atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja ataupun kenalan boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Kapit, Sub Inspektor Steward Albert di talian 013-7595095.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan