Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 652 kes kemalangan melibatkan kenderaan berat direkodkan pada suku pertama tahun ini.

Operator kilang maut kemalangan semasa balik kerja

ByTVS

BALING, 29 April: Seorang operator kilang kenderaan terbunuh selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling di Jalan Sungai Petani-Baling di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhamad Mursolehim Ibrahim, 35, meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang bekerja di sebuah kilang pembuatan kenderaan di Kulim sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Padang Cicar di sini.

Katanya, punca kejadian dipercayai selepas penunggang motosikal jenis Honda Beat itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bas yang dipandu lelaki 60 tahun sebelum bertembung di sebelah kanan hadapan bas.

“Penunggang telah melambung dan terjatuh di tengah-tengah jalan sebelum dialihkan oleh orang awam ke bahu jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Shamsudin, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim dekat sini bagi urusan bedah siasat.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati, lesen memandu mangsa akan tamat pada Oktober depan, manakala insurans dan cukai jalannya tamat pada Oktober 2022.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan