Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad MYDIN dilaksanakan secara kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDNHEP). Foto TVS

Mydin sedia RM800,000 rebat dalam Program Jualan Ihsan Rahmah

ByTVS

SELANGOR, 29 April: Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 dianjurkan Mydin Mohamed Holdings Berhad MYDIN dilaksanakan secara kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) bertujuan meringankan beban perbelanjaan para ibu bapa dan penjaga melalui penawaran jualan barangan bayi dan kanak-kanak pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.

Ini adalah selari dengan pendekatan kementerian melalui whole of nation approach dalam menangani kos sara hidup rakyat dalam meningkatkan keterangkuman penglibatan pelbagai pihak sekali gus memanfaatkan lebih ramai pengguna.

Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad MYDIN dilaksanakan secara kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Foto TVS

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program Program Jualan Ihsan Rahman (PJIR) ini tidak melibatkan peruntukkan daripada kerajaan malah subsidi itu sendiri datangnya daripada sektor industri.

“Sejak dilaksanakan bermula Januari hingga April ini sebanyak 40 pihak industri yang telah terlibat menganjurkan program ini sebanyak lebih 2,770 lokasi dan untuk kempen ini sahaja yang diketuai oleh Mydin ini mereka telah menawarkan subsidi industri itu sehingga mencecah ke angka RM800,000.

Mydin sedia RM800,000 rebat dalam program Jualan Ihsan Rahmah.

“Jadi kita amat berterima kasih kepada Mydin dan rakan-rakan strategik nya atas bantuan untuk bersama-sama kerajaan dalam pendekatan intervensi dan juga mitigasi dalam kita menangani kos sara hidup rakyat,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan pelancaran Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 Mydin di bawah program jualan ihsan rahmah di MYDIN USJ, Subang Jaya hari ini.

Antara barangan keperluan bayi dan kanak-kanak yang ditawarkan antaranya susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak- kanak serta pelbagai barangan lain bagi jenama seperti Abbott, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen.

Armizan juga menggalakkan lebih banyak pemain industri turut serta dalam program PJIR ini bukan hanya dalam sektor peruncitan tetapi dalam sektor-sektor lain untuk tampil dan memberi sokongan.

“Saya mengalakkan lebih banyak pihak lagi bukan hanya dalam sektor peruncitan tetapi dalam sektor-sektor lain untuk tampil dalam mengemukakan pendekatan strategi yang boleh membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” ujarnya.

PJIR merupakan salah satu inisiatif baharu KPDNHEP bermula tahun 2024 di bawah Agenda Payung Rahmah Madani dalam menggalakkan penyertaan aktif pihak swasta dan industri khususnya di bawah sektor peruncitan ke arah menawarkan harga barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan tanpa melibatkan sebarang peruntukan khusus daripada kerajaan (private-driven initiative).

Terdahulu, PJIR ini telah mula dilaksanakan pada 23 Januari 2024 dan sehingga 25 April 2024 sebanyak 40 pemain industri dalam sektor peruncitan telah melaksanakan PJIR di 2,770 lokasi di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan