Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) di Riyadh, Arab Saudi, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (Twitter)

Anwar luang masa bincang isu serantau dengan Menteri Kewangan Indonesia di Riyadh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua mereka berkongsi pandangan berkaitan isu serantau antara lainnya menyentuh mengenai pembaharuan fiskal kerajaan dan agenda memajukan kewangan Islam selaras dengan cabaran semasa termasuk keperluan membiayai peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan menangani kemiskinan.

“Turut dibincangkan adalah bidang kerjasama ekonomi untuk diperkukuhkan di peringkat ASEAN mengambil kira peranan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun depan.

“Beliau turut maklumkan akan hadir ke Malaysia bulan depan bagi menghadiri Global Forum on Islamic Economics Finance (GFIEF) yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 Mei 2024 di Kuala Lumpur,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu hari ini, media melaporkan SC menandatangani MoU dengan IsDB, yang membuka ruang kerjasama lebih erat dalam pasaran modal Islam dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan dan kewangan sosial Islam, terutamanya wakaf.

Anwar dan Presiden merangkap Pengerusi IsDB Dr Muhammad Al Jasser, menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut, yang merupakan pertama seumpamanya antara pengawal selia pasaran modal Malaysia dan bank pembangunan Islam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan