Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia. (Gambar Hiasan)

Tiga maut, enam cedera dalam insiden tanah runtuh di Sulawesi Selatan

ByBernama

JAKARTA, 28 April: Tiga maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jurucakapnya Abdul Muhairi berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku dua kali di Kampung Tallang Sura, Daerah Kecil Buntao, pagi Jumaat lepas berikutan hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil.

Insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada sebuah rumah, menjejaskan yang lain dan laluan jalan raya terputus sementara enam keluarga dipindahkan.

“Pasukan penyelamat tempatan menangguhkan pencarian pada Sabtu. Jalan berjaya dibuka semula untuk kenderaan dua dan empat roda,” kata Abdul Muhairi dalam satu kenyataan.

Beliau menasihatkan penduduk di Daerah Kecil Buntao supaya sentiasa berwaspada kerana keretakan besar telah dikesan di bahagian atas kawasan tanah runtuh,memberi isyarat potensi berlakunya lagi tanah runtuh.

Abdul Muhairi menggesa penduduk di kawasan cerun yang curam di Sulawesi Utara dan Selatan supaya segera berpindah jika hujan lebat berterusan lebih dari sejam.

Pada 13 April, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam insiden sama yang berlaku di dua kampung dalam Daerah Kecil Makale, Daerah Tanah Toraja, Sulawesi Selatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan