Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petinju profesional Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali 'Kilat Boy' kini memegang ranking petinju nombor satu di Malaysia. Foto TVS

Kilat Boy pegang ranking petinju nombor satu Malaysia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 April: Petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali dengan ‘Kilat Boy’ kini memegang ranking petinju nombor satu di Malaysia.

Perkara itu didedahkan Kilat Boy sendiri berdasarkan laporan yang direkodkan oleh laman web Boxrec.com.

“Baru-baru ini saya masih lagi memegang ‘Crown’ nombor satu di Malaysia dan dalam dunia saya di tangga 203 daripada lebih 2,000 petinju dari seluruh dunia,” kata Kilat Boy.

Kilat Boy berkata demikian dalam episod pertama rancangan terbaharu Sukan TVS di sini, pada Sabtu.

Untuk rekod Kilat Boy melakar sejarah tersendiri selepas muncul atlet pertama dari Sarawak memenangi tali pinggang kejuaraan Asian Boxing Federation (ABF) di Thailand pada tahun lepas.

Kilat Boy dijadual akan dicabar petinju Thailand Yutthichai Wannawong dalam Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 di Kuching 11 Mei ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan