Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan Yusuf Abd Wahab menyampaikan hadiah kepada tetamu yang bertuah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Tanjung Bundong Bintangor, hari ini. Foto TVS

Jalan raya paling dinanti penduduk Sungai Sian

BINTANGOR, 29 April: Pembinaan jalan raya sepanjang lima kilometer merupakan projek besar paling ditunggu-tunggu penduduk Sungai Sian, seberang Bintangor yang kini masih bergantung dengan perkhidmatan feri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol berkata, projek jalan raya yang dianggarkan bernilai lebih RM40 juta itu bakal menghubungkan Sungai Sian dan jalan besar Sibu- Tanjung Manis.

Ketika ini katanya, agensi berkaitan masih di peringkat persediaan teknikal.

“Jalan itu sebenarnya sangat penting kerana bukan sahaja memudahkan perhubungan penduduk tetapi melonjakkan lagi potensi Sungai Sian sebagai kawasan pertanian.

“Kawasan ini sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pengeluaran pelbagai tanaman buah-buahan atau sawah padi,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Tanjung Bundong Bintangor, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab.

Abdullah berkata, penduduk Sungai Sian tidak terlepas menikmati pelbagai kemudahan hasil kesungguhan usaha kerajaan membangunkan kawasan itu.

Namun katanya, kebanyakan projek rakyat yang dilaksanakan di kawasan itu berskala kecil-sederhana seperti jalan, jeti, jambatan dan lain-lain lagi.

Malah ujarnya, kerajaan juga menaik taraf kemudahan awam seperti dewan masyarakat dan rumah ibadat.

“Masyarakat Sungai Sian adalah contoh penempatan penduduk berbilang kaum hidup bersama dengan mesra dan saling bekerjasama.

“Malah melalui pelbagai perayaan budaya yang diraikan, perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. Sehubungan saya mengharapkan mereka terus bersatu supaya agenda pembangunan kerajaan di kawasan ini terlaksana,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan