Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan Yusuf Abd Wahab bersama penduduk pada Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tanjung Bundong, Bintangor, hari ini. Foto TVS

Abdullah: Cuai dan biadap di media sosial boleh membawa padah

BINTANGOR, 28 April: Renung dan fikir dahulu sebelum berkongsi maklumat atau membuat hantaran di media sosial kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah pada diri sendiri.

Itu nasihat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ketika mengulas denda RM23,000 ke atas seorang lelaki selepas membuat hantaran jelik insiden nahas helikopter di Lumut Perak baru-baru ini.

Menurut Abdullah, tindakan tegas pihak berkuasa itu bukan menyekat kebebasan bersuara tapi setiap luahan mesti berhemah dan berasas.

“Langkah itu juga bertujuan memastikan platform media sosial tidak disalah guna dengan hantaran tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan buruk-sangka dan kebencian,” katanya.

Beliau yang diminta mengulas perkara berkenaan ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Tanjung Bundong, Bintangor hari ini, menegaskan bahawa proses perundangan wajar dihormati.

Beliau berkata, secara dasar, hukuman merupakan satu peringatan kepada sesiapa sahaja yang suka menabur fitnah tidak berasas atau sering menulis perkara-perkara yang boleh menimbulkan buruk sangka.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab.

Sekali gus katanya, ia menuntut sesiapa sahaja agar lebih berhati-hati kerana Malaysia memiliki undang-undang yang mengawal selia perkara-perkara sebegini.

“Jangan pula terlalu cepat untuk membuat andaian bahawa ini adalah satu tindakan untuk menyekat hak untuk bersuara.

“Jangan cepat jari daripada akal kerana kadang-kadang yang cuba diutarakan mungkin dianggap biasa tetapi boleh menimbulkan buruk sangka yang melampau serta mampu menggugat perpaduan dan toleransi kaum dan agama,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa sesiapa sahaja yang menggunakan media sosial agar memanfaatkan platform digital iti dengan cara betul dan bersopan.

“Tidak gunanya kita berkongsi sesuatu yang tidak tepat kerana pendekatan itu sememangnya tidak akan membawa sebarang manfaat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan