Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Kelestarian Persekitaran dan Cakna Kesihatan anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, baru-baru ini. Foto MPKS

Program Kelestarian Persekitaran dan Cakna Kesihatan di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 26 April: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) baru-baru ini menganjurkan Program Kelestarian Persekitaran dan Cakna Kesihatan di Salvation Army Community Complex di sini.

Program ini diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar serta mendorong usaha bersama dalam memastikan kawasan Samarahan kekal bersih dan lestari.

“Pihak Majlis ingin mengingatkan bahawa kelestarian alam adalah tanggungjawab bersama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs),” kata MPKS menerusi kenyataan.

Sesi penerangan disampaikan pensyarah dari Jabatan Perubatan Masyarakat dan Sains Kesihatan, UNIMAS Dr Rosalia Saimon

Kenyataan itu berkata, pada sesi berkenaan, Rosalia menekankan betapa pentingnya usaha bersama dalam menjaga kelestarian alam.

Program ini disertai 18 pelajar sukarelawan dan 70 pelajar dari SMK Muara Tuang.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPKS Muttalib Julaihi, Pengerusi Pengelola Dr Florince Christy dan Penolong Setiausaha Perbandaran Lilian Liew.

Selain itu, pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan juga diadakan.

“Pihak Majlis berharap program ini dapat memberi kesan positif kepada masyarakat dan mendorong penglibatan aktif dalam usaha kelestarian alam,” kata kenyataan itu. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan