Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CAAM memaklumkan dua juruterbang yang berada dalam pesawat ringan itu, selamat. Foto CAAM (FB)

Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 April: Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, dua minit selepas berlepas pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Datuk Norazman Mahmud berkata dua juruterbang yang berada dalam pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd, selamat.

“Pesawat itu berlepas pada pukul 8.26 pagi dari LTSAAS dan pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas. Pesawat kemudiannya membuat pendaratan cemas pada 8.28 pagi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata landasan lapangan terbang terlibat ditutup kepada operasi penerbangan buat sementara, sehingga pesawat itu dialihkan dari landasan.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan