KUCHING, 26 April: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menekankan kepentingan menjaga semua bukti forensik susulan penemuan tiga kubur besar dengan 392 mayat tertanam di dalamnya.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata kubur terbabit ditemui berhampiran hospital Nasser di Khan Younis di Selatan Gaza.
“Mandat daripada kumpulan perundangan PBB diperlukan untuk membenarkan badan dunia ini mengambil hak undang- undang,” ujar Dujarric.
Beliau berkata beberapa unit undang-undang PBB mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan tetapi itu masih belum berlaku.
Sementara itu, Pertahanan Awam Palestin berkata mereka akan bekerjasama dengan siasatan bebas ke atas tiga kubur besar tersebut.
Mengulas lanjut kenyataan Dujarric, PBB boleh menghantar pasukan ke Gaza dan mereka yang menjalankan siasatan mesti mempunyai akses ke Gaza serta perlu mendapatkan kelulusan daripada beberapa negara, termasuk Israel. – TVS
Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!