HULU SELANGOR, 26 April: Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan (Japen) akan membuka pusat media, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan KKB, Aras 1, Bangunan UMNO Hulu Selangor, Jalan Pahang, di sini, akan mula beroperasi esok hingga 11 Mei, dari 9 pagi hingga 9 malam.
“Wakil-wakil media dijemput untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, serta mendapatkan maklumat di pusat media tersebut,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Muhamad Hikal Aripin di talian 012-3420989 dan Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif di talian 012-3677134.
PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. – TVS
Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!