Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat seorang wanita berusia 86 tahun yang dihempap pokok tumbang di Kupang di sini hari ini. Foto JBPM

Hujan lebat, warga emas maut dihempap pokok

ByTVS

BALING, 26 April: Seorang wanita warga emas terkorban selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Kupang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Rafiah Zakaria, 86, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku semasa kawasan sekitar Baling dilanda hujan lebat dan angin kencang yang berterusan sehingga 3.40 petang tadi.

“Pada kira-kira pukul 3.45 petang, Balai Polis Kupang terima maklumat kejadian seorang mangsa dihempap pokok tumbang berhampiran kawasan rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai.

“Pasukan bomba yang tiba 4.10 petang telah membuat pemotongan pokok bagi mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita hari ini.

Kes tertabit katanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan