Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kampus Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu.

UTS sasar kemasukan lebih ramai pelajar antarabangsa

SIBU, 25 April: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berusaha meletakkan dirinya di peta dunia untuk menarik kemasukan lebih ramai pelajar antarabangsa.

Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata pelajar yang disasarkan universiti milik Kerajaan Negeri Sarawak itu adalah dari negara Asean seperti Indonesia, Brunei, Indo-China dan China.

“Ini selaras dengan pelan strategik UTS 2024-2030 dengan kita ingin menjadikan UTS sebagai universiti bertaraf global dalam bidang pendidikan teknikal dan professional,” katanya pada Malam Penghargaan UTS 2024 di sini, malam tadi.

Berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 2013, UTS kini giat mendapatkan tenaga pengajar dan penyelidik untuk mencapai taraf global dalam bidang pendidikan teknikal dan profesional.

Khairuddin berkata jumlah pelajar di universiti itu telah meningkat sejak tiga tahun lepas daripada hanya lebih 1,000 orang kepada 3,200 orang pada masa ini.

Beliau juga yakin jumlah pelajar di universiti itu dapat dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan dasar pendidikan percuma di institusi penggajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak pada 2026 untuk anak-anak Sarawak.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai agensi dan jabatan kerajaan serta pihak media yang telah membantu universiti itu mencapai tahap sekarang. -TVS

Tags: #ipt, UTS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan