Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad mendiang Joanna dari Ipoh tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam tadi sebelum dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi. Foto Alex Teo (TVS)

Tragedi helikopter: Jasad mendiang Joanna Felicia dikebumikan di Serian pagi ini

SERIAN, 25 April: Jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa lepas akan dikebumikan di Kampung Engkaroh Tebakang dekat sini, pada 9.00 pagi hari ini.

Upacara pengebumian ibu kepada dua anak itu akan dijalankan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Engkeroh Tebakang di sini.

Terdahulu, pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Joanna dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam sebelum dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang di kampung itu dan seorang daripada saudara terdekat Richard Jiubat Bluka, 26, berkata ahli keluarga sudah berkumpul seawal 5 petang semalam untuk menunggu bagi memberikan penghormatan terakhir.

“Tidak sangka, pertemuan kali ini merupakan yang terakhir. Sebelum ini, dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kami jika balik pada sambutan hari Gawai kelak…namun siapa sangka pertemuan jadi begini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Christabella Liya, 26, menyifatkan mendiang seorang rakan yang baik dan mereka berkongsi banyak kenangan pahit dan manis ketika zaman persekolahan dan katanya walaupun jarang berjumpa namun, mereka tetap berhubung dan bertanyakan khabar antara satu sama lain.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan