Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat kilang Solaris Bus di Poland. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak ketuai lawatan ke Solaris Bus

ByEekbal Yusuf

POZNAN, 25 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkesempatan melawat kilang Solaris Bus di Poland.

Kunjungan ke Solaris Bus mempamerkan komitmen berterusan Sarawak dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang mampan.

Solaris Bus, pengeluar utama bas di Eropah, terkenal dengan pendekatan inovatifnya dalam pengeluaran kenderaan sifar pelepasan, termasuk bas elektrik dan hidrogen.

Antara intipati lawatan termasuk perbincangan mengenai operasi Solaris Bus dalam mewujudkan rangkaian pengangkutan awam mesra alam serta melihat dengan lebih dekat kerja-kerja pemasangan bas elektrik dan hidrogen.

Dari konsep, kepada fasa reka bentuk dan pembuatan, bas Solaris hanya dibuat di kilang pengeluaran di Poland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan