Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta. Gambar hiasan: Logo SPRM

Pengisytiharan harta: Tun Mahathir antara individu yang disiasat – SPRM

ByBernama

GUA MUSANG, 25 April: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, tentang apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

“Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini, hari ini.

Sementara itu katanya SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Jelasnya, tangkapan itu bertujuan membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata kes ini telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam serta siasatan masih diteruskan.

“Beberapa pihak-pihak lain juga akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan kes berkenaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata berkemungkinan permohonan reman baharu bagi kesemua suspek yang ditahan juga akan dibuat, berikutan tempoh masa reman yang diberi tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM melengkapkan siasatan awal.

Semalam, anak lelaki seorang menteri besar antara enam direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000, sejak dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Azam berkata SPRM akan menumpukan penyiasatan terhadap isu pembinaan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya, yang bernilai RM25 juta yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“…Untuk makluman semua, sebenarnya pembiayaan datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA, bukan duit FAM.

“FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya, dan telah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir dan pihak FIFA telah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan,” katanya.

Azam berkata isu ini bukan sahaja FAM yang terlibat, malah FIFA juga kerana ia melibatkan duit mereka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan