Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lukanisman Awang Sauni mengabdikan kenangan bersama para peserta kursus 1st Northern Sarawak Patient Blood Management Miri 2024. Foto TVS

PBM tingkat pengendalian transfusi darah lebih sistematik – Lukanisman

MIRI, 25 April: Pengamal perubatan diingatkan agar meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam pengurusan darah pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni optimis, penganjuran kursus Pengurusan Darah Pesakit (PBM) Pertama Utara Sarawak 2024 yang julung kali diadakan ini akan dapat meningkatkan pengetahuan serta tatacara pengedalian darah yang lebih sistematik.

“Dalam masa yang sama, strategi dan alternatif terhadap transfusi darah juga didedahkan di samping mengurangkan kesan-kesan sampingan dan risiko transfusi darah sekiranya tidak digunakan dengan justifikasi yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Pengurusan Darah Pesakit (PBM) Pertama Utara Sarawak 2024 di Miri pada Khamis.

Tambahnya lagi, kemahiran yang diperoleh menerusi kursus ini kelak, akan dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai penggunaan darah untuk pesakit secara optimum di kalangan pengamal perubatan.

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada barisan pakar serta pegawai perubatan dari seluruh Sarawak menghadiri program PBM tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan