Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad Mendiang Joanna Felicia Rohna selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Engkaroh, Tebakang, Serian pada 11.20 pagi Khamis. Foto Febbright James (TVS)

Nahas helikopter: Mendiang Joanna selamat dikebumi di Kampung Engkaroh

ByFebbright James

SERIAN, 25 April: Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Kristian Engkaroh apabila lebih 500 orang memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan I JJM Joanna Felicia Rohna di sini, hari ini.

Mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat tentera laut dan selamat dikebumikan di Kampung Engkaroh, Tebakang dekat sini pada 11:20 pagi.

Upacara sembahyang diketuai Pastor Andrew Ganya dari Gereja Seventh Day Adventist Sarawak.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Fauzi Kamis.

Mendiang meninggalkan dua cahaya mata, Allesia Felice dan Hovannes, yang masing-masing berusia empat dan satu tahun.

Terdahulu, jenazah mendiang tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching pada malam Rabu.

Terdahulu, pesawat C-130 TUDM yang membawa jasad mendiang Joanna dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam sebelum dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi.

Tragedi melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kira-kira 9:30 pagi Selasa telah meragut 10 nyawa anggota TLDM.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan