Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Indonesia tubuh pasukan petugas banteras judi dalam talian

ByBernama

JAKARTA, 25 April: Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kes perjudian dalam talian, melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk Interpol bagi menangani kes rentas sempadan.

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pasukan petugas itu akan beroperasi di bawah penyelarasan Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.

Terdiri daripada wakil Kominfo, Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK), Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) dan polis, pasukan petugas itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyeluruh untuk membanteras perjudian dalam talian.

“Kominfo akan menyelia ruang digital, OJK akan menguruskan akaun, PPATK akan mengendalikan aliran dana dan polis akan menjalankan tugas tangkapan dan siasatan,” kata Ketua Pengarah Penerangan dan Komunikasi Awam kementerian itu, Usman Kansong.

Usman berkata cabaran berterusan termasuk ketidakupayaan OJK untuk menyekat akaun luar negara dan kesukaran kementerian untuk menapis pelayan dalam bidang kuasa asing.

Kementerian itu berjaya mendedahkan pelayan perjudian dalam talian yang beroperasi di Filipina dan Kemboja, khusus menyasarkan warganegara Indonesia pada Oktober 2023.

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Hadi Tjahjanto melahirkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perjudian dalam talian, terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah.

Beliau juga menyatakan perubahan kaedah permainan daripada menggunakan kredit dan wang tunai kepada menggunakan pelayan luar negara sejak tahun lepas.

Data PPATK menunjukkan 3.2 juta rakyat berjudi dalam talian pada 2023, dengan 80 peratus pertaruhan di bawah 100,000 rupiah atau kira-kira US$6.17, kebanyakannya lebih suka slot dalam talian untuk kemudahan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan