Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdullah merakam kenangan bersama hadirin pada Program Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Paloh bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab. Foto UKAS

Sarawak berbelanja besar untuk infrastruktur rakyat – Abdullah Saidol

SIBU, 24 April: Setiap pembangunan infrastruktur kemudahan awam yang disediakan Kerajaan Sarawak bukan hanya untuk menyediakan keselesaan masyarakat tetapi secara tidak langsung sebahagian usaha meningkat sosioekonomi terutama masyarakat di kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, pelaksanaan banyak projek infrastruktur termasuk kemudahan asas di seluruh negeri memerlukan perbelanjaan yang besar.

Peruntukan yang disalurkan itu katanya, bertujuan memenuhi keperluan dan pembangunan infrastruktur kemudahan awam di setiap bahagian seluruh negeri ini.

“Sebab itulah, kita dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Abang Johari bersungguh-sungguh menceburi dalam pelbagai inisiatif ekonomi baharu, untuk menambah pendapatan Sarawak.

“Projek-projek infrastruktur awam yang dibina bukan semata-mata untuk keselesaan masyarakat tetapi juga secara tidak langsung untuk kemudahan mereka menjana sosioekonomi atau pendapatan yang lebih baik,” katanya.

RADDA: Peruntukan RM47 juta laksana lima projek di Paloh

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Paloh, di sii pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, Kerajaan Sarawak juga mengumumkan cadangan pembinaan industri berkaitan perkapalan di kawasan Paloh.

Malah ujarnya, Paloh juga dikenal pasti berpotensi untuk diusahakan sebagai kawasan pembekal makanan atau Agro Park, perternakan lembu dan pelbagai tanaman komersial seperti buah-buahan.

RADDA: Peruntukan RM47 juta laksana lima projek di Paloh

“Saya cukup optimis kawasan ini bakal membangun kerana atas usaha bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, permohonan dibuat untuk membina jalan termasuk dua jambatan dari Paloh hingga ke Tanjung Manis yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM750 juta.

“Permohonan ini mendapat sokongan apabila Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM550 juta dan Kerajaan Persekutuan RM200 juta,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan