Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Risalah Pelancongan Gawai Dayak pada 22 April 2024 dilancarkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) di London.

Risalah Pelancongan Gawai Dayak dilancarkan di London

ByMarzella Sigai

LONDON, 24 April: Risalah Pelancongan Gawai Dayak telah dilancarkan di London baru-baru ini sebagai usaha mempromosikan pelbagai aktiviti menarik bersempena sambutan Hari Gawai Dayak yang menjelang tiba.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata inisiatif risalah itu menawarkan tiga pakej utama seperti Pakej Bidayuh, Pakej Orang Ulu dan Pakej Iban.

Ketiga-tiga pakej itu kata Roland bakal menawarkan pengalaman menarik serta luar biasa kepada para pelancong selain memberi peluang kepada mereka menghayati kepelbagaian tarikan budaya yang ada di Sarawak.

“Risalah itu menggariskan pelbagai pakej untuk pelancong merasai keunikan budaya Sarawak dan warisan. Dengan sokongan padu daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia (HCM) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) di London, kami dapat menyalurkan maklumat secara langsung mengenai perayaan Gawai Dayak kepada penduduk di seluruh United Kingdom dan negara Eropah yang lain,” katanya yang diwakili imbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Anielia Anak Siam pada 22 April lepas.

Roland dalam pada itu meyakini perayaan Gawai Dayak memberi impak positif bukan sahaja kepada masyarakat, tetapi juga negara melalui pendidikan dan pemahaman budaya, pemeliharaan dan promosi budaya, pembangunan komuniti dan keusahawanan, serta pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Kami mempunyai begitu banyak program pengalaman untuk ditawarkan dan saya berbesar hati untuk menjemput bukan sahaja pelancong tetapi juga rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk pulang dan menyertai sambutan Gawai Dayak,” katanya lagi.

Selain Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024, pelbagai acara lain turut diadakan seperti Bazar Gawai Dayak (16 – 26 Mei 2024) di MJC Batu Kawa Kuching, Karnival Gawai Dayak (6 – 9 Jun 2024) di Dewan Manggeng, Siburan dan Gawai Dayak Perarakan Budaya (15 Jun 2024) di Padungan dan Kuching Waterfront.

Difahamkan, Kerajaan Sarawak juga akan memaparkan acara tersebut dalam Buku Meja Kopi Gawai Dayak dan Brosur Pelancongan 2024, yang akan dilancarkan pada 16 September 2024.

Hadir sama,  Suruhanjaya Tinggi Malaysia (HCM) di London, ACP Mohamed Alex Imran Abdullah, Timbalan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) di London, Siti Syazalena Amir Amir Sharifuddin, Pegawai Kebajikan Rumah Yayasan Sarawak di London, Kasubi Bakir serta Ketua Masyarakat komuniti Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan