Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penggunaan nama baharu Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diumum pada sidang media selepas mesyuarat prapersidangan persidangan DUN Sarawak pada Mei ini. Foto fail TVS

Nama baharu DUN Sarawak diumum sebelum persidangan 6 Mei

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Apr: Penggunaan nama baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diumum pada sidang media selepas mesyuarat prapersidangan DUN Sarawak pada Mei ini.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengumuman mengenainya akan dibuat secara rasmi.

“Pada sidang media akan datang, anda boleh bangkitkan mengenai perkara itu. Ya, (sidang media) akan diadakan selepas Hari Pekerja (1 Mei),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PETRONAS di sini malam ini.

Persidangan DUN Sarawak bermula 6 Mei ini.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perubahan nama Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada Dewan Undangan Sarawak adalah bertepatan kerana Sarawak telah diiktiraf sebagai sebuah wilayah.

Katanya, perubahan tersebut adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan