Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungan Nibong Besar di George Town, hari ini. Foto TVS

Nahas helikopter: Jenazah Muhammad Firdaus selamat dikebumi

ByTVS

GEORGE TOWN, 24 April: Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Muhammad Firdaus Ramli selamat dikebumikan dia Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungan Nibong Besar di sini hari ini.

Jenazah disemadikan dalam istiadat tentera laut kira-kira pukul 8.50 malam selepas tiba dengan van jenazah dari Kem 23 RMD, Ipoh pukul 7.40 malam.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan apabila dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, penduduk sekitar dan sahabat handai anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Hadir memberi penghormatan, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub dan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Laskar Kanan PAP, Hairul Anuar Ismail menyerahkan Jalur Gemilang yang menutup keranda jenazah kepada isteri Allahyarham, Soffiyah Sadon, 42, pada akhir istiadat pengebumian.

Arwah meninggalkan seorang cahaya mata, Muhammad Anas yang berumur empat tahun.

Ibu arwah, Indun Hussin, 67, menyifatkan arwah Muhammad Firdaus yang mesra dengan gelaran ‘Tuan Kechik’ dalam kalangan rakan-rakan sekerja sebagai seorang anak yang penyanyang dan bertanggungjawab.

“Arwah menjadi contoh kepada adik-adik lain kerana keperibadiannya yang selalu berdisiplin serta menepati masa.

“Ramai orang yang hadir menziarah memaklumkan mereka terhutang budi dengan arwah kerana pernah membantu mereka dalam kesusahan sebelum ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Muhammad Firdaus, 44, merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua buah helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan