Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Keuntungan Tesla menjunam 55 peratus, Musk mahu keluar EV lebih berpatutan

ByAFP

NEW YORK, 24 April: Tesla melaporkan kejatuhan besar pada keuntungan suku tahunan pada 55 peratus berikutan pasaran kenderaan elektrik yang semakin membimbangkan.

Tesla mencatatkan keuntungan sebanyak $1.1 bilion berbanding suku tahun lalu dengan pendapatan $21.3 bilion, turun sembilan peratus, malah menggambarkan jualan EV syarikat itu berada di bawah tekanan.

Saham syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu bagaimanapun meningkat 11 peratus dalam dagangan berikutan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk berjanji untuk mempercepat rancangan pengeluaran EV yang lebih berpatutan.

Tesla berkata pihaknya berhasrat untuk melancarkan model baharu lebih awal daripada pemulaan pengeluaran yang dirancang sebelum ini pada suku kedua 2025.

“Kenderaan baharu itu akan termasuk ‘model yang lebih berpatutan’,” kata Tesla.

Musk memaklumkan kenderaan itu akan menggunakan aspek baharu platform generasi akan datang serta aspek platform semasa Tesla, dan tidak akan bergantung kepada mana-mana kilang baharu atau barisan pengeluaran baru yang besar.

Musk berkata butiran rancangan itu akan dikeluarkan pada Ogos nanti.

Syarikat itu, yang baru-baru ini mengumumkan pemberhentian kira-kira 14,000 pekerja, juga telah melakukan penarikan semula Cybertrucknya ekoran masalah pecutan kenderaan.

Ketua Pegawai Kewangan Vaibhav Taneja yakin, pemotongan jumlah pekerja sebanyak lebih daripada 10 peratus akan menjimatkan kos Tesla lebih daripada $1 bilion setiap tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan