Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail mendiang Joanna Felicia Rohna yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, semalam. Foto media sosial

Jasad mendiang Joanna dikebumikan di kampungnya di Serian, Khamis ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 April: Jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan pihaknya akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan pihak waris sebaik mungkin.

“Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada 2.20 petang ini.

“Mendiang Joanna akan dibawa pulang ke Serian untuk disemadikan,” kata TLDM menerusi kenyataan, hari ini.

Jasad mendiang dijangka tiba di Kuching pada kira-kira 8 malam ini. Upacara pengkebumian akan diadakan pada 25 April.

Tambah kenyataan itu lagi, jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

Manakala, mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan TLDM pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan esok.

Tragedi melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi itu telah meragut 10 nyawa anggota TLDM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan