Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi Kerajaan Sarawak tiba di Poznan bagi meneruskan misi berkongsi ilmu berkaitan peralihan tenaga. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari tiba di Poznan, kongsi peranan Sarawak dalam peralihan tenaga

ByEekbal Yusuf

POZNAN, 24 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi Kerajaan Sarawak tiba di Poznan bagi meneruskan misi berkongsi ilmu berkaitan peralihan tenaga.

Beliau yang diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dijadual akan menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah bagi mengetengahkan peranan Sarawak dalam sekuriti tenaga boleh diperbaharui, penyahkarbon serta kelestarian alam sekitar.

Ketibaan delegasi Sarawak itu disambut Timbalan Presiden Wilayah Wielkopolska, Marek Gola dan Pengarah Jabatan Ekonomi Poland, Beata Joana.

Hadir sama, Ketua Bahagian Wielkopolska 2050, Magdalena Kaseja-Astriab dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Dato’ Chitra Devi Ramiah.

Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah H2POLAND merupakan pameran perdagangan pertama di Poland yang menumpukan sepenuhnya kepada teknologi hidrogen dan penyahkarbon.

Ia juga menjadi platform pertukaran ilmu pengetahuan dalam teknologi moden yang mesra alam.

Terdahulu, beliau mengetuai lawatan delegasi kerajaan Sarawak ke Leeds dan London, United Kingdom (UK) bagi meninjau teknologi di Loji Janakuasa Drax serta menyaksikan pemeteraian momerandum persefahaman antara Sarawak Microelectronics (SMD) Semiconductor dengan syarikat berpangkalan dari UK, CSA Catapult.

Menyifatkan lawatan ke UK berjaya mencapai sasaran yang dimahukan, beliau berkata, hasil dapatan daripada lawatan kerja itu akan diterjemahkan dengan sebaik-baiknya.

Jelasnya, ia bertujuan memantapkan sektor tenaga boleh diperbaharui dan semikonduktor di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan