Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian berlaku semasa helikopter terbabit sedang menjalani raptai perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. Foto JBPM

Nahas helikopter: TLDM dedah identiti 10 terkorban

LUMUT, 23 April: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 kru serta penumpang helikopter AW139 HOM dan AS555 Fennec miliknya yang bertembung dan terhempas di Lumut, Perak pagi tadi terkorban dalam tragedi itu.

Kenyataan terkini Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut mendedahkan nama para anggota yang terlibat seperti berikut:

Pesawat AW139 HOM (M503-3) – 4 orang kru, 3 penumpang:
1) Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 503,
2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM,
3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM,
4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun,
5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang),
6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang),
7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).

Pesawat AS555 Fennec (M502-6) – 3 orang kru:
1) Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 502,
2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM,
3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Kenyataan turut mendedahkan kesemua jenazah dalam nahas itu akan diuruskan mengikut tradisi tentera laut dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan 10 kru terkorban selepas dua buah helikopter TLDM berlanggar di udara pada pukul 9.32 pagi di Pangalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Kejadian berlaku semasa helikopter terbabit sedang menjalani raptai perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan