Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nahas helikopter: Joana adalah anak, kakak dan ibu penyayang

ByAhmad Azlan Shah

SERIAN, 23 April: “Kenanglah mendiang sebagai seorang anak serta kakak yang baik terhadap keluarga. Terutamanya sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anak-anaknya.

“Kami sekeluarga juga meminta kepada orang ramai untuk berhenti mengongsikan video insiden tersebut, tolong hormati keluarga kami,” kata Vivianne, adik ketiga kepada mendiang LK 1 JJM Joana Felicia Rohna, mangsa nahas tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut Perak hari ini.

Vivianne,16, yang ditemui di kediamannya di Serian mendedahkan bapanya telah menerima panggilan yang menyatakan bahawa mendiang terlibat dengan insiden tersebut, namun ahli keluarga mendiang meragui nahas tersebut setelah melihat di media sosial.

“Pada petang tadi, pihak askar datang ke rumah untuk menjemput ibu dan bapa saya, dan bawa mereka ke Semenanjung. Masa itu, baru kami tahu bahawa perkara itu benar dan kakak sudah tiada lagi.

“Sekarang ini saya tidak tahu apa yang akan berlaku, semua itu saya rasa bapa saya ataupun suami kakak akan mengaturkannya.” katanya dalam nada sebak.

Joana Felicia Rohna, yang merupakan salah seorang daripada 10 anggota yang terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Difahamkan insiden berlaku semasa raptai Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan