Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie ditemui pemberita pada Program Hari Bersama Pelanggan Aidilfitri TBS, di Kuching, hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

Baitulmal Sarawak agih RM16.32 juta zakat pada suku pertama 2024

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 April: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sejumlah RM16.32 juta zakat pada suku pertama tahun ini.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kutipan zakat tersebut telah diagihkan kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat bantuan yang telah ditetapkan oleh pihaknya.

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sejumlah RM16.32 juta zakat pada suku pertama tahun ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

“Pada tahun yang lalu, kita sudah mengagihkan sejumlah RM101 juta kepada semua mereka yang layak, yang terkesan dan yang memenuhi syarat-syarat bantuan kita.

“Pada tahun ini pula, dari Januari hingga Februari, kita telah mengagihkan sejumlah RM16.32 juta. Jadi, jumlah yang diterima itu memang terus kita agihkan kepada mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Hari Bersama Pelanggan Aidilfitri TBS, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

Dalam pada itu, Abang Mohd Shibli mendedahkan pihaknya komited mengadakan empat program utama pada setiap tahun selain kutipan zakat dan infak sedekah daripada masyarakat.

“Pertama, kita laksanakan program untuk bantuan pendidikan, kedua, bantuan kebajikan, ketiga, bantuan untuk institusi-institusi Islam dan sebagainya serta yang keempat, bantuan untuk memberi kemahiran kepada masyarakat.

“Jadi, keempat-empat program ini telah aktif dijalankan dan Alhamdulillah, kesedaran masyarakat untuk membayar zakat telah menjadi begitu baik sekali,” katanya.

Terdahulu, beliau menjangkakan seramai 5,000 orang pengunjung hadir pada program yang dianjurkan TBS itu dan pihaknya turut menjemput bukan sahaja masyarakat Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam untuk datang bersama-sama bagi memeriahkan majlis berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan