Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki melecur selepas disimbah air panas oleh seorang wanita di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Rajawali, Bayan Lepas, Jumaat lalu. Foto media sosial

Wanita simbah air panas kerana selisih faham lama

GEOGRE TOWN, 22 April: Perselisihan faham lama dikatakan punca seorang wanita bertindak menyimbah air panas ke atas seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Rajawali dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 33 tahun yang menghidap Sindrom Down tinggal di apartmen sama dengan suspek, namun tidak saling mengenali dengan lebih dekat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal. Foto TVS

“Berdasarkan siasatan awal, ia adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang berlaku tiga, empat tahun lalu.

“Mereka berdua mungkin hanya saling kenal wajah sebab tinggal di bangunan sama,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, suspek berusia 39 tahun yang direman empat hari sehingga esok akan dirujuk bagi pemeriksaan kesihatan mental di hospital.

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan telah mengambil keterangan tiga individu sebelum pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki Sindrom Down cedera pada badan selepas disimbah air panas oleh seorang wanita semasa berada di dalam lif kira-kira pukul 9.20 pagi.

Kejadian berlaku semasa mangsa mahu pulang ke rumahnya di tingkat 16 apartmen itu.

Suspek ditahan bersama barang kes iaitu beg tangan dan bekas air kira-kira pukul 9.10 malam pada hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan