Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak turut menanam hasrat menjadi pereka cip semikonduktor untuk sejumlah syarikat teknologi global dengan tugas merealisasikannya digalas oleh Sarawak Microelectronics Design. Foto hiasan Envato

Sarawak terus orak langkah jadi hab pembangunan teknologi semikonduktor baharu negara

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 22 April: Kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa industri semikonduktor di negeri itu menerusi jalinan kerjasama bersama syarikat asing memperlihatkan keseriusannya untuk menjadi sebagai sebuah lagi hab pembangunan teknologi semikonduktor baharu di Malaysia.

Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak turut menanam hasrat menjadi pereka cip semikonduktor untuk sejumlah syarikat teknologi global dengan tugas merealisasikannya digalas oleh Sarawak Microelectronics Design (SMD).

Sehingga hari ini, SMD sudah pun memeterai momerandum persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama strategik dengan syarikat dari United Kingdom (UK) iaitu Riverbeck dan Big Innovation Centre.

Kerjasama antara SMD dan Big Innovation Centre menyaksikan syarikat milik Kerajaan Sarawak itu akan membangunkan teknologi yang membolehkan cip semikonduktor dikilangkan dengan lebih bersih dan lestari.

Manakala, kerjasama bersama Riverbeck pula menyaksikan SMD berperanan membantu membangunkan cip frekuensi radio untuk industri aeroangkasa dengan ia akan digunakan oleh syarikat luar negara seperti British Aerospace.

Pada Selasa ini, satu lagi MoU bakal dimeterai antara SMD dengan syarikat dari UK, CSA Catapult pada Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor di Dewan Rakyat, Parlimen UK dengan ia akan disaksikan oleh Abang Johari.

MoU kerjasama itu bertujuan memacu inovasi yang akan membentuk semula keupayaan serta aplikasi semikonduktor kompaun diperbuat daripada dua atau lebih elemen berbanding silikon yang diperbuat daripada satu elemen.

Selain itu, SMD turut akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Belgium untuk menambahkan kapasiti perkhidmatan rekaan cip semikonduktor dengan pelaburan sebanyak 70 juta Euro.

Menerusi kepimpinan Abang Johari, Sarawak dilihat bukan sekadar mahu berada sebaris dengan Pulau Pinang, Kedah dan Melaka yang menjadi ‘lubuk’ syarikat – syarikat terkemuka bertapak, namun ia mahu menjadi pelopor pengeluar cip semikonduktor negara setanding syarikat asing.

Pelbagai langkah proaktif yang diambil Kerajaan Sarawak itu diyakini membantu mencapai hasrat negeri ini dan pada masa sama membantu memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan