Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) akan membuka tender untuk kerja ubah suai kesemua tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Jun ini. Foto Elani Rosllan (TVS).

Operasi penerbangan di LTAK berjalan lancar

KUCHING, 22 April: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kembali seperti biasa dengan Malaysia Airlines dan Air Asia, telah memulakan kembali penerbangan mereka di antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Tinjauan di LTAK hari ini mendapati, suasananya kelihatan tenang dengan penerbangan yang tiba dan berlepas juga turut dijadualkan mengikut waktu tanpa sebarang kelewatan.

Petugas syarikat penerbangan Air Asia yang hanya mahu dikenali sebagai Isaac berkata operasi penerbangan kembali seperti biasa sejak hujung minggu lepas, tanpa sebarang penjadualan semula atau kelewatan.

“Semua penerbangan domestik hanya terganggu dan dibatalkan pada 18 April sahaja dan kembali beroperasi secara berperingkat pada hari-hari berikutnya. Alhamdulilah tidak ada sebarang masalah berkaitan,” katanya.

Pada Khamis lepas, semua penerbangan domestik di Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas di lapangan terbang dan perlu menjadualkan semula penerbangan mereka. -TVS

Tags: #airasia, KIA, LTAK, MAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan