Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20 di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula global menjelang 2030

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 April: Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, Sidang Kemuncak KL20 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula hari ini menjadi forum memudah cara syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi.

Beliau berkata forum itu juga menggalakkan syarikat pemula berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.

“Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir. Adalah penting supaya dasar-dasar kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka.

“Saya tegaskan tekad kerajaan mendukung syarikat-syarikat pemula dengan mempunyai dasar yang jelas merangkumi visi negara, kekuatan sumber dan perspektif pelabur,” katanya dalam hantaran di laman Facebook selepas menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20.

Anwar juga  berkata Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam membentuk ekosistem pemula yang dinamik agar dapat memposisikan Malaysia sebagai hab utama untuk keusahawanan dan inovasi.

Perdana Menteri akan merasmikan persidangan itu hari ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan