Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee menyiram air mawar ke pusara bapanya, Allahyarham Rapaiee Tarip yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, Sibu, hari ini. Foto TVS

Jenazah bapa Dr Annuar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang

SIBU, 22 April: Jenazah Rapaie Tarip, bapa Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, kira-kira 1.15 tengah hari ini.

Rapaie yang berusia 94 tahun meninggal dunia pada pukul 2.37 pagi hari ini di Hospital Sibu.

Bapa Dr Annuar meninggal dunia

Dr Annuar ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah membantu memudahkan urusan pengebumian bapanya.

“Saya mohon semua berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Menurut beliau, bapanya mula menghadapi masalah kesihatan sebelum puasa.

“Walaupun sudah berusia 94 tahun, beliau masih lagi cergas, boleh memandu, pergi ke bank dan memasak. Namun, sebelum bulan puasa, beliau mula sakit,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar turut menjemput orang ramai menghadiri majlis tahlil selama tujuh hari di kediamannya di Jalan Kangkung, di sini.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di kediamannya di Nombor 19B, Jalan Kangkung.

Antara yang menziarahi, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, Pemanca Datuk Jason Tai, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Sementara itu, Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Othman dan lima anak lelaki dan seorang anak perempuan dan lebih 20 orang cucu dan Dr Annuar merupakan anak bongsu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan