Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(dari kiri) Pegawai Eksekutif Kanan merangkap Pengarah Unit Pembangunan Perniagaan dan Unit Pemasaran TOYO Engineering Corporation, Casey Takeshi Matsumuro Casey Matsumuro, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) InvestSarawak, Timothy Ong dan wakil TOYO Engineering Corporation, Zenko Tsutsui. Foto MINTRED

InvestSarawak, TOYO Engineering Corporation meterai MoU tingkat kerjasama dalam tenaga hijau

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 22 April: InvestSarawak dan TOYO Engineering Corporation memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama terutamanya dalam sektor tenaga hijau di Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MoU berkenaan adalah untuk InvestSarawak berfungsi sebagai Pusat Sehenti di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak dalam mempelawa syarikat dari seluruh dunia untuk meneroka potensi pelaburan dalam bidang ekonomi baharu berteraskan teknologi hijau di negeri ini menjelang 2030.

TOYO dengan prestasinya dalam kejuruteraan, pembinaan dan perkhidmatan teknikal di pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui dipercayai boleh membawa pengalaman dan kepakaran teknologi terkini dalam MoU ini.

Menerusi 87 kilang ammonia dan lebih daripada 48 tangki penyimpanan ammonia di seluruh dunia, TOYO berpotensi menyumbang kepada usaha pembangunan ke arah peralihan kepada tenaga bersih Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timoty Ong, kerjasama ini bertujuan untuk membantu TOYO meneroka dan memudahkan projek pelaburan yang berpotensi di Sarawak selaras dengan strategi peralihan tenaga syarikat tersebut.

“Kerjasama dengan TOYO merupakan komitmen Sarawak untuk merangkul sumber tenaga bersih dan lestari yang akan mendorong pembangunan ekonomi dan sosial kami.

“Melalui kerjsama, kami boleh memperoleh pandangan global dan kemajuan teknologi TOYO untuk meningkatkan keupayaan tempatan kami,” ujar beliau.

Inisiatif tersebut termasuk membangunkan projek hidrogen hijau, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), projek tenaga buangan yang menukar bahan buangan organik menjadi tenaga, penyelesaian penyimpanan tenaga seperti penyimpanan bateri atau penyimpanan hidro pam, dan teknologi grid pintar untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan grid elektrik.

Manakala Pegawai Eksekutif Kanan merangka Pengarah Unit Pembangunan Perniagaan dan Unit Pemasaran TOYO Engineering Corporation Casey Takeshi Matsumuro, TOYO bersiap sedia untuk membantu dalam pembangunan perancangan rangkaian nilai yang penting bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif ini.

“Kami berbesar hati untuk menyokong matlamat tenaga hijau Sarawak dan kerjasama ini membolehkan kami membawa kepakaran dan teknologi kami ke pentas utama landskap tenaga Sarawak, seiring dengan misi kami untuk menyumbang kepada pertumbuhan lestari secara global.

“Melalui MoU ini, ia dijangka tidak hanya menyokong peralihan ke tenaga boleh diperbaharui di Sarawak tetapi juga merangsang peluang pekerjaan tempatan dan pembangunan teknologi.

“Secara tidak langsung, penanda aras dalam landskap ekonomi rantau ini,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan