Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Razarudin Hussain menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang daripada Datuk Khaw Kok Chin (kiri) kepada Datuk Hamzah Ahmad. Foto IPK Pulau Pinang

Hamzah Ahmad, Ketua Polis Pulau Pinang baharu

GEORGE TOWN, 22 April: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad dilantik Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 25 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang di sini hari ini.

Datin Sulastri Fethihana Swanto merupakan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Pulau Pinang baharu, menggantikan Datin Wan Norazah Wanchik.

Acara serah terima tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Zainah Othman.

Sementara itu, Razarudin dalam ucapannya berkata, Hamzah yang merupakan anak kelahiran Sik, Kedah mempunyai pengalaman selama lebih 36 tahun akan membawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

“Pengalaman bertugas di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah, Kontinjen, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan Bukit Aman pasti menjadikan amanah baharu ini ‘alah bisa, tegal biasa’ kepada beliau,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan