Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi perempuan dilahirkan dari rahim seorang warga Palestin yang terbunuh bersama suami dan anak perempuannya akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza. Foto tangkap layar video Sky News

Bayi lahir dari rahim ibu yang syahid di Gaza

ByTVS

RAFAH, 22 April: Seorang bayi perempuan dilahirkan dari rahim seorang warga Palestin yang terbunuh bersama suami dan anak perempuannya akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza pada Ahad.

Menurut laporan Sky News, ibu bayi seberat 1.4 kilogram itu, Sabreen, bapanya Shoukri dan anak perempuan berumur tiga tahun, Malak, terkorban dalam serangan udara.

“Bapa saudaranya akan menjaga bayi itu,” lapor Sky News.

Kelahiran luar biasa itu ketika Israel rancak melakukan serangan yang menyaksikan 19 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak di dua rumah di bandar itu.

Bayi yang belum diberi nama itu
diletakkan dalam inkubator di hospital Rafah dengan perkataan ‘bayi syahid Sabreen Al-Sakani’ dilekatkan pada dadanya.

Seorang pegawai perubatan di Gaza, Dr Ahmad Fawzi memberitahu Sky News berkata mereka cuba menyelamatkan Sabreen.

“Kami menyedari dia hamil. Kami melakukan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Syukur, kami berjaya,” katanya dipetik menerusi laporan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan