Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Rapaie Tarip. Foto Facebook

Bapa Dr Annuar meninggal dunia

SIBU, 22 April: Rapaie Tarip, bapa Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini pada usia 94 tahun.

Dr Annuar berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Facebooknya.

“Perginya seorang ayah buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

The Borneo Post melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.37 pagi.

Laporan itu turut menyatakan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang hari ini.

Arwah Rapaiee meninggalkan seorang balu, Fatimah Othman dan enam anak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan